Skip to main content
Rakan kongsi keselamatan

Rakan Usaha Sama Keselamatan

Kami sering bekerjasama dengan pakar keselamatan dan kesejahteraan dalam talian, literasi digital, dan juga pakar keselamatan keluarga bagi membantu menyediakan nasihat dan sumber malumat untuk anda dan keluarga anda.

Program

TikTok bekerjasama dengan para pakar industri, organisasi bukan kerajaan, dan persatuan industri di seluruh dunia dalam memenuhi komitmen kami untuk membina platform yang selamat untuk komuniti kami. Kami berkolaborasi dengan organisasi di perantauan yang berbeza bagi berkongsi amalan terbaik, mewujudkan program dan bertukar-tukar idea tentang topik berkaitan keselamatan.

Program penyemakan fakta

Dengan kerjasama Australian Associated Press (AAP), Agence France-Presse (AFP), Animal Político, Code for Africa, dpa Deutsche Presse-Agentur, Estadão Verifica, Facta, Lead Stories, Logically, Newschecker, Newtral, PolitiFact, Reuters, Science Feedback dan Teyit

Kami komited dalam memerangi penyebaran maklumat salah yang berbahaya. Rakan kongsi penyemakan fakta kami membantu untuk menyemak dan menilai ketepatan kandungan dalam semua 60 pasaran. Jika kandungan melanggar dasar maklumat salah kami, kami sama ada mengeluarkan maklumat itu daripada platform kami dan memberitahu pencipta, atau maklumat tersebut tidak layak untuk disyorkan dalam suapan Untuk Anda sesiapa sahaja. Jika hasil penyemakan fakta tidak dapat dimuktamadkan, kami mungkin menambah gesaan untuk memberitahu penonton bahawa kandungan itu tidak dapat dibuktikan kebenaran dan agar membuat pertimbangan sebelum berkongsi maklumat yang mungkin salah.

Literasi media

Melalui usaha sama dengan Persatuan Kebangsaan Pendidikan Literasi Media (National Association for Media Literacy Education) (NAMLE)

Siri video “Pastikan Anda Tahu” (“Be Informed”) menangani blok binaan penting generasi digital;  literasi media, yang mengukuhkan keupayaan untuk mengakses, menganalisis, menilai, mencipta dan bertindak menggunakan semua bentuk komunikasi. Melalui siri “Pastikan Anda Tahu” ini, komuniti TikTok digalakkan supaya berfikir secara kritikal bukan sahaja tentang kandungan yang mereka temui dalam talian, bahkan juga kandungan yang mereka sendiri cipta. Ketahui lebih lanjut 

Keterangkuman bentuk badan

Melalui usaha sama dengan Persatuan Gangguan Makan Nasional (National Eating Disorder Association) (NEDA)

TikTok menghubungkan orang yang sedang mencari sokongan bagi memperoleh sumber penting terus daripada aplikasi kami. Kami menghalakan semula carian dan tanda pagar – untuk istilah yang disediakan oleh NEDA, atau yang berkaitan dengan kandungan yang tidak selamat yang kami telah alih keluar daripada platform kami – ke Talian Bantuan NEDA, dan dari situ, NEDA boleh menyediakan sokongan, alat dan sumber kepada komuniti kami secara sulit. Ketahui lebih lanjut

#KesihatanMentalPenting

Melalui usaha sama dengan The Jed FoundationProvidence Health, dan Seize the Awkward

Kami menyedari bahawa berbicara tentang kesihatan mental, atau meminta bantuan, adalah usaha yang sangat sukar. Kami telah mengadakan usaha sama dengan organisasi sokongan kesihatan mental utama bagi membantu mengetengahkan mesej mereka di TikTok sebagai satu kaedah memupuk perbualan ini secara berterusan mengenai kesejahteraan emosi. Ketahui lebih lanjut

Pengurusan Masa Skrin

Kami bekerjasama dengan para pencipta TikTok untuk melancarkan peringatan pengurusan masa skrin dalam suapan kami. Edisi video keselamatan “Andalah Yang Mengawal” kami kali ini mengingatkan orang ramai supaya meluangkan masa untuk berehat dan memisahkan diri daripada skrin mereka, selain menjemput orang ramai melihat maklumat tentang beberapa ciri keselamatan dan amalan terbaik kami. Ketahui lebih lanjut

Hari Internet yang Lebih Selamat

Hari Internet yang Lebih Selamat bertujuan mewujudkan internet yang lebih selamat dan juga lebih baik, yang memperkasa semua orang untuk menggunakan teknologi secara bertanggungjawab, hormat, kritis, dan kreatif. Ibu bapa belajar tentang alat dan kawalan yang ditawarkan oleh TikTok.

Melalui usaha sama dengan P.S. The Children MalaysiaYayasan Generasi Gemilang dan Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia

Bersempena kempen Hari Internet yang Lebih Selamat (SID) di Malaysia, TikTok melancarkan kempen #SayaLebihBaikInternetLebihBaik #BetterMeBetterInternet di Malaysia dengan usaha sama beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO) utama di Malaysia termasuklah P.S. The Children MalaysiaYayasan Generasi Gemilang dan Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia untuk menggalakkan keselamatan dalam talian. Kempen #SayaYangLebihBaikInternetLebihBaik #BetterMeBetterInternet ini menggalakkan penerimaan tabiat dalam talian yang positif melalui penggunaan pelekat yang direka yang telah dicipta. Dengan pelekat-pelekat ini, para pengguna menghayati tanda pagar positif seperti #suka, #Hormat, #Positiviti, #Kreativiti, #Keselamatan, dan menolak tanda pagar negatif seperti #5tabiatburuk #PembulianSiber, #Negativiti, #Trol, #Kerisauan, dan #Pembenci.

Melalui usaha sama dengan DQ Institute

Hari Internet yang Lebih Selamat bertujuan mewujudkan internet yang lebih selamat dan juga lebih baik, yang memperkasa semua orang untuk menggunakan teknologi secara bertanggungjawab, hormat, kritis, dan kreatif.Dalam usaha mengukuhkan komitmennya kepada keselamatan dan positiviti  Internet, TikTok telah membangunkan Kit Alat Keselamatan Keluarga TikTok yang komprehensif dengan DQ Institute pada tahun 2021, yang menyediakan petua dan alat untuk ibu bapa menyusul anak remaja mereka.

Pendidikan Ibu Bapa

Melalui usaha sama dengan Connect SafelyInstitut Keselamatan Dalam Talian Keluarga, dan National PTA

TikTok mempunyai usaha sama penting dengan organisasi keselamatan belia terkemuka, seperti Connect Safely, Institut Keselamatan Dalam Talian Keluarga, and National PTA. Kami bersama-sama membantu para penjaga mengetahui tentang TikTok dan bagaimana anak remaja mereka boleh menjadi pengguna internet yang selamat dan bijak. Kami mendidik keluarga-keluarga secara aktif tentang alat keselamatan yang terbina di dalam TikTok.

TikTok menyediakan sokongan kepada unit-unit PTA di seluruh AS. Bantuan geran ini menyokong latihan dan bantuan keselamatan dalam talian untuk keluarga dan komuniti yang memerlukan peranti, makanan, dan keperluan penting yang lain.  Ketahui lebih lanjut

Penentangan Ekstremisme Keganasan

Kerjasama dengan Teknologi Menentang Keganasan.

TikTok mengambil pendirian tanpa kompromi terhadap extremisme ganas di dalam atau di luar platform kami. Misi kami adalah untuk memberi inspirasi kepada kreativiti dan membawa kegembiraan, dan sebarang percubaan untuk mempromosikan keganasan bertentangan dengan misi dan nilai kami. Kami berbangga menjadi ahli Teknologi Menentang Keganasan, yang menyokong industri teknologi dalam menangani eksploitasi pengganas terhadap Internet, sambil menghormati hak asasi manusia.

Keahlian dalam Teknologi Menentang Keganasan menyediakan sokongan praktikal dan operasi kepada pasukan Amanah & Keselamatan yang ditugaskan untuk menghalang pelampau ganas daripada menggunakan platform kami untuk melakukan kemudaratan. Kami bekerjasama dengan mereka untuk memperkasakan dasar kami dan mengikuti perkembangan terkini tentang trend dan kesarjanaan semasa.


Sumber Keselamatan

Jika anda atau sesiapa yang anda sayangi sedang melalui waktu yang sukar, sila hubungi mana-mana organisasi yang boleh memberi sokongan yang diperlukan.

Global

Setempat


Majlis Penasihat Kandungan

Di TikTok, kami sentiasa mencari cara mewujudkan ruang digital yang positif dan selamat untuk para pengguna kami. Majlis Penasihat Keselamatan telah ditubuhkan secara rasmi dan menghimpunkan pakar keselamatan dalam talian bebas bagi memberi nasihat tentang isu berkaitan kepercayaan dan keselamatan di TikTok. Mereka mempunyai pengetahuan yang luas meliputi topik penting yang dikongsi termasuklah kesejahteraan siber, perlindungan individu bawah umur dan menangani kepalsuan. Kami membuat keputusan untuk menyertakan pakar yang tegas menyatakan pendapat mereka dan berani mencabar pemikiran kita. Mendengar daripada pelbagai suara yang berbeza amat berharga kepada TikTok semasa menggarap produk, dasar dan proses bagi menyediakan khidmat yang memenuhi keperluan komuniti kami yang berkembang. Ketahui lebih lanjut