Skip to main content
Topik

Pencegahan Penderaan Seksual Kanak-kanak di TikTok

Kandungan bersifat seksual yang memaparkan kanak-kanak adalah menyalahi undang-undang dan boleh membawa kepada hukuman penjara. TikTok sama sekali tidak bertoleransi dengan penderaan seksual kanak-kanak dan kandungan bersifat seksual yang memaparkan kanak-kanak (berumur bawah 18 tahun).

Kandungan bersifat seksual yang memaparkan individu berumur bawah umur atau Bahan Penderaan Seksual Kanak-kanak (Child Sexual Abuse Material, CSAM) adalah apa-apa penggambaran atau penghasilan dalam bentuk gambar, teks atau suara mengenai serangan seksual terhadap kanak-kanak atau eksploitasi kanak-kanak sama ada secara nyata atau tersirat. Perbuatan mencipta, melihat, memperoleh dan berkongsi kandungan ini adalah menyalahi undang-undang dan meletakkan golongan muda dalam keadaan amat berbahaya.

Cara untuk mendapatkan sokongan

Jika anda telah melihat atau cuba untuk melihat kandungan bersifat seksual yang memaparkan seseorang bawah umur, atau mempunyai fikiran atau perasaan seksual terhadap seseorang yang berumur bawah umur, terdapat organisasi yang dapat membantu anda. Sila dapatkan bantuan juga jika anda berasa risau disebabkan tingkah laku orang lain.

Kami di TikTok bekerja dengan organisasi yang dipercayai yang menawarkan sokongan secara percuma dan sulit melalui sembang langsung dan sokongan telefon. Di bawah ini ialah beberapa organisasi yang boleh membantu:

Global

Tempatan

Cara untuk melaporkan kandungan bersifat seksual yang memaparkan individu bawah 18 tahun

Jika anda menemui kandungan yang menyokong, menggalakkan, menghasilkan atau berkongsi kandungan bersifat seksual yang disyaki memaparkan individu berumur bawah umur (juga dikenali sebagai Bahan Penderaan Seksual Kanak-kanak atau CSAM) di TikTok, anda hendaklah:

  • Tidak memberikan komen, berkongsi atau berinteraksi dengan kandungan tersebut.
  • Melaporkan kandungan tersebut kepada TikTok. Untuk melaporkan kandungan:
    1. Dalam aplikasi TikTok, tekan dan tahan pada video.
    2. Ketik Lapor, kemudian ketik Keselamatan Kanak-kanak Bawah Umur.
    3. Pilih Penderaan Kanak-kanak, kemudian ketik Serah.
  • Selain itu, anda boleh melaporkan hal ini kepada organisasi yang dipercayai atau kepada penguatkuasa undang-undang tempatan anda.