Skip to main content
Topik

Integriti Pilihan Raya

Integriti Pilihan Raya

TikTok ialah ruang untuk hiburan, membina hubungan dan ekspresi. Meskipun hal ini sering membawa maksud ekspresi kreatif yang meriangkan, hal ini juga boleh menyertakan topik-topik yang memberi impak kepada kehidupan komuniti kita, termasuk kandungan politik atau yang berkaitan dengan pilihan raya. Kami mengalu-alukan semua ekspresi yang sesuai dan menepati ruang lingkup Garis Panduan Komunitikami, yang direka bentuk untuk membantu kami memastikan TikTok tempat yang selamat dan mengalu-alukan untuk semua.

TikTok bukan hab berita mutakhir utama, dan kami tidak menerima iklan politik berbayar, tetapi kami komited untuk memerangi penyebaran salah maklumat pada platform ini, termasuk menerusi sokongan yang diberi kepada para pengguna kami melalui pendidikan dan maklumat berwibawa tentang topik awam yang penting seperti pilihan raya. Matlamat kami adalah untuk membantu memastikan TikTok kekal sebagai tempat bagi kandungan yang tulen dan dapat berkembang maju.

Berkolaborasi dengan pakar

Kami percaya kolaborasi membantu meneguhkan usaha kami melindungi mereka yang berada pada platform kami daripada mudarat dan salah guna, dan atas sebab itu kami bekerjasama dengan pelbagai pakar dan organisasi bagi menggalakkan keselamatan pada TikTok. Kami berkolaborasi dengan pelbagai organisasi merentas semua pasaran tempat kami beroperasi. Sebagai contoh, sepanjang pilihan raya presiden AS 2020, kami telah bekerjasama dengan National Association of Secretaries of State (Persatuan Setiausaha Negara Nasional), US Department of Homeland Security (Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS), Election Integrity Partnership (Perkongsian Integriti Pilihan Raya), dan Majlis Penasihat Kandungan (Content Advisory Council) kami, sebuah kumpulan yang terdiri daripada para pakar terkemuka luar yang menyediakan maklum balas yang berharga tentang dasar dan amalan kami yang berkisar tentang salah maklumat pilihan raya, ucapan penuh kebencian, dan banyak lagi.

Melalui perkongsian global kami dengan pelbagai organisasi semakan fakta, termasuk Agence France-Presse (AFP), Animal Político, Estadão Verifica, Lead Stories, Newtral, Facta, PolitiFact, SciVerify, Teyit & Vishvas News, kami berusaha mengehadkan penyebaran salah maklumat pada platform kami. Organisasi-organisasi ini bekerja seiring dengan pasukan siasatan dalaman dan pemudahcaraan dalaman kami bagi membantu mengesahkan salah maklumat yang berkaitan dengan pilihan raya.

Ciri-ciri Produk

Tanda Pagar PSAKami menyediakan notis tentang pelbagai halaman tanda pagar berkaitan pilihan raya di seluruh dunia bagi mengingatkan orang ramai supaya mematuhi Garis Panduan Komuniti kami, mengesahkan fakta, dan melaporkan kandungan yang dipercayai telah melanggar dasar kami.

Literasi media Bagi membantu komuniti kami berfikir secara kritikal tentang kandungan yang dicipta dan ditonton oleh mereka, kami telah menyediakanvideo TikTok yang mendidikpengguna tentang alat yang diperlukan oleh mereka agar menjadi warga digital yang lebih bijak.

Dasar kami

Bagi membantu kami memenuhi misi kami untuk mengilhamkan kreativiti dan membawa keceriaan, kami telah menerbitkan Garis Panduan Komuniti untuk menggariskan secara jelas jenis kandungan dan tingkah laku yang tidak dibenarkan pada TikTok. Dasar-dasar ini terpakai kepada semua orang yang menggunakan TikTok dan semua kandungan yang disiarkan oleh mereka. Ini adalah subset dasar yang paling kerap terpakai berhubung kandungan berkaitan pilihan raya.

Salah maklumat

Salah maklumat didefinisikan sebagai kandungan yang tidak tepat atau palsu. Walaupun kami menggalakkan komuniti kami supaya mengadakan perbualan secara hormat tentang perkara yang penting kepada mereka, kami tidak membenarkan salah maklumat yang mengakibatkan mudarat kepada individu, atau komuniti kami, atau khalayak awam yang lebih luas tanpa mengira niat.

Jangan siar, muat naik, strim, atau kongsi:

  • Salah maklumat yang mengapi-apikan kebencian dan prasangka
  • Salah maklumat berkaitan kecemasan yang mencetuskan panik
  • Salah maklumat perubatan yang boleh mengakibatkan mudarat kepada kesihatan fizikal seseorang individu
  • Kandungan yang mengelirukan ahli komuniti tentang pilihanraya atau proses sivik yang lain
  • Kandungan bersifat konspirasi yang menyerang kumpulan khusus yang dilindungi atau menyertakan seruan untuk bertindak ganas, atau menafikan peristiwa ganas atau tragis yang telah berlaku
  • Pemalsuan Digital (Media Sintetik atau Media Dimanipulasi) yang mengelirukan pengguna dengan memutarbelitkan kebenaran tentang peristiwa dan mengakibatkan mudarat kepada subjek dalam video, atau orang lain, atau masyarakat

Jangan:

Terlibat dalam perlakuan tidak tulen yang diselaraskan (seperti pembuatan akaun) untuk memberi pengaruh dan mengubah pandangan awam sambil mengelirukan individu dan komuniti kami tentang identiti, lokasi, atau tujuan akaun

Penyamaran

Kami tidak membenarkan akaun yang berlagak sebagai orang atau entiti lain secara mengelirukan. Apabila kami mengesahkan laporan penyamaran, kami akan meminta pengguna berkenaan supaya mengemas kini profilnya, atau akan menggantung atau menyekat akaun tersebut. Kami membenarkan parodi, komentar, atau akaun peminat, selagi pengguna menyatakan dalam bio dan nama pengguna bahawa ini akaun peminat, komentar atau parodi dan tiada gabungan dengan subjek akaun tersebut.

Jangan menyamar sebagai orang atau entiti lain dengan menggunakan nama, butiran biografi, atau gambar profil orang lain secara

mengelirukanSpam dan interaksi palsu

Interaksi palsu termasuk apa-apa kandungan atau aktiviti untuk meningkatkan populariti secara palsu pada platform ini. Kami melarang apa-apa percubaan untuk memanipulasi platform ini untuk meningkatkan metrik interaksi.

Jangan:

  • Berkongsi arahan tentang cara meningkatkan tontonan, suka, pengikut, perkongsian, atau komen secara palsu
  • Cuba untuk atau melibatkan diri dalam penjualan atau pembelian tontonan, suka, pengikut, perkongsian atau komen
  • Mempromosi khidmat penjanaan trafik palsu
  • Mengendalikan berbilang akaun TikTok secara dakwaan palsu atau menipu untuk mengedarkan spam komersial

Tingkah Laku Penuh Kebencian

TikTok ialah komuniti yang pelbagai dan terangkum yang tidak bertolak-ansur terhadap diskriminasi. Kami tidak membenarkan kandungan yang mengandungi ucapan benci atau yang melibatkan perlakuan penuh kebencian dan kami mengeluarkan perkara ini daripada platform kami. Kami menggantung atau menyekat akaun yang terlibat dengan pelanggaran dasar ucapan benci atau yang berkaitan dengan ucapan benci di luar platform TikTok.

Jangan siar, muat naik, strim, atau kongsi kandungan penuh kebencian yang berkaitan dengan individu atau kumpulan, termasuklah:

  • mendakwa bahawa mereka mempunyai kedudukan atau taraf lebih rendah dari sudut fizikal, mental, atau moral
  • menyeru atau memberi justifikasi untuk keganasan dilakukan terhadap mereka
  • mendakwa bahawa mereka penjenayah
  • merujuk kepada mereka sebagai haiwan, objek tidak bernyawa, atau entiti bukan insan lain
  • menggalakkan atau memberi justifikasi untuk pengecualian, pengasingan, atau diskriminasi terhadap mereka
  • kandungan yang menggambarkan mudarat yang dikenakan kepada individu atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri yang dilindungi

Penghinaan ditakrifkan sebagai istilah menghina yang berniat untuk mengecil-ngecilkan sesuatu asal etnik, kaum, atau mana-mana ciri lain yang dilindungi yang tersenarai di atas. Untuk mengurangkan penyebaran istilah yang menyinggung perasaan, kami telah mengalih keluar semua bentuk penghinaan daripada platform kami, melainkan istilah tersebut diperuntukkan semula, digunakan sebagai rujukan kepada diri sendiri (contohnya, dalam lagu), atau tidak mengecil-ngecilkan.

Jangan siar, muat naik, strim, atau kongsi kandungan yang menggunakan atau menyertakan penghinaan

Ideologi kebencian tidak serasi dengan komuniti terangkum dan menyokong yang disediakan oleh platform kami. Kami mengalih keluar kandungan yang menggalakkan ideologi penuh kebencian.

Jangan siar:

  • Kandungan yang menggalakkan apa-apa ideologi kebencian dengan membincangkan secara positif tentang, atau memaparkan logo, simbol, bendera, cogan kata, pakaian seragam, sanjungan, gestur, potret, ilustrasi, atau nama individu yang berkaitan dengan ideologi-ideologi ini
  • Kandungan yang menafikan peristiwa yang didokumenkan dengan baik dan melibatkan keganasan yang telah berlaku
  • Muzik atau lirik yang menggalakkan ideologi penuh kebencian

Ketahui lebih lanjut tentang usaha kami untuk menangani ucapan, kumpulan, dan ideologi penuh kebencian.

Iklan politik

Iklan tidak boleh merujuk, menggalakkan, atau menentang seseorang calon jawatan awam, pemimpin politik semasa atau terdahulu, parti politik, organisasi politik, atau kandungan berhubung isu setempat, negeri, atau persekutuan yang melibatkan kepentingan awam. Seruan untuk bertindak daripada organisasi bukan untung atau agensi kerajaan mungkin dibenarkan, jika tidak didorong oleh motif atau tujuan politik yang berpihak kepada sesuatu pihak.

Menguatkuasakan dasar kami

Kami menggunakan beberapa pendekatan untuk melindungi pengguna kami dan mengehadkan penyebaran kandungan dan kelakuan yang memudaratkan sambil kami berusaha menggalakkan persekitaran apl yang memberi semangat dan mengalu-alukan.

Pendekatan kami: Mengalih keluar kandungan yang melanggar Garis Panduan Komuniti kami

Rasional: Apabila kami menyedari bahawa terdapat kandungan yang melanggar Garis Panduan Komuniti kami, termasuk maklumat palsu atau salah maklumat yang mengakibatkan mudarat kepada individu, komuniti kami atau khalayak awam yang lebih luas, kami mengalih keluar maklumat tersebut dalam usaha memupuk persekitaran apl yang selamat dan tulen.

Berkaitan dengan pilihan raya:Beberapa contoh kandungan yang kami alih keluar termasuklah: dakwaan palsu yang berusaha menghakis kepercayaan kepada institusi awam, seperti dakwaan penipuan pengundi yang terhasil daripada undi melalui pos atau dakwaan bahawa undi anda tidak akan diambil kira; kandungan yang memberi salah representasi tentang tarikh pilihan raya; percubaan untuk menakut-nakutkan pengundi atau menindas pengundian; dan banyak lagi.


Pendekatan kami: Menghalakan semula hasil carian dan tanda pagar ke Garis Panduan Komuniti kami

Rasional: Kandungan dan istilah yang berkaitan dengan kandungan yang melanggar Garis Panduan Komuniti kami mungkin disekat di seluruh platform kami bagi menggalakkan keselamatan dalam apl ini.

Berkaitan dengan pilihan raya:Hal ini mungkin termasuk menghalakan semula istilah yang berkaitan dengan ucapan benci, usaha mengapi-apikan keganasan, atau maklumat palsu tentang penipuan pengundi, seperti penuaian undi.


Pendekatan kami: Mengurangkan kebolehtemuan kandungan, termasuk dengan menghalakan semula hasil carian atau membuatkan kandungan seperti ini tidak layak untuk disyorkan dalam suapan Untuk Anda sesiapa pun

Rasional: Sistem pengesyoran kami direka dengan mengambil kira keselamatan. Sesetengah kandungan – termasuk spam, video yang sedang disemak, atau kandungan yang telah disemak yang menggambarkan perkara yang mungkin mengejutkan kepada audiens umum yang tidak membuat pilihan untuk menerima kandungan seperti ini – mungkin tidak layak disyorkan.

Berkaitan dengan pilihan raya: Hal ini termasuklah kandungan yang telah disemak yang berkongsi dakwaan yang belum disahkan, seperti pengisytiharan kemenangan sebelum keputusan disahkan; spekulasi tentang kesihatan calon; dakwaan yang berkaitan dengan stesen mengundi pada hari pilihan raya yang belum disahkan; dan banyak lagi.


Pendekatan kami: Tiada sekatan untuk kandungan berkenaan pada platform ini

Rasional: Sesetengah kandungan – disifatkan sebagai mendidik, saintifik, artistik atau bernilai berita – boleh mengandungi nilai demi kepentingan awam. Kami mentakrifkan kepentingan awam sebagai sesuatu yang khalayak awam secara keseluruhan mempunyai kepentingan, dan kami percaya kepentingan awam perlu diiktiraf dan dilindungi. Walau bagaimana pun, kami tidak membenarkan kandungan bernilai berita yang mengapi-apikan keganasan dalam kalangan pengguna.

Berkaitan dengan pilihan raya: Kami mungkin tidak mengambil tindakan terhadap kandungan yang melanggar yang disifatkan sebagai bernilai berita. Sebagai contoh, walaupun kami tidak membenarkan kandungan keganasan, kami tidak mengambil tindakan terhadap kandungan yang menggambarkan keganasan semasa sesuatu protes atau tunjuk perasaan.


Pendekatan kami: Menyekat akaun berkenaan daripada penstriman langsung pada masa akan datang

Rasional: TikTok LIVE memberi orang ramai ruang lanjut untuk membina hubungan yang sebenar dengan audiens mereka, tetapi pengguna mestilah berusia lebih 16 tahun untuk mengadakan penstriman langsung dan dikehendaki memegang amanah kepercayaan komuniti mereka. Mereka yang melanggar Garis Panduan Komuniti kami boleh kehilangan akses fungsi ini.

Berkaitan dengan pilihan raya: Pelanggaran boleh termasuk penstriman langsung yang berusaha mengapi-apikan keganasan atau menggalakkan ideologi penuh kebencian, konspirasi, atau maklumat palsu.


Pendekatan kami: Mengalih keluar akaun dan kandungannya

Rasional: Para pengguna yang melanggar dasar toleransi sifar kami atau yang telah melakukan pelanggaran secara berulang-ulang boleh mendapati akaun mereka disekat memandangkan mereka mempamerkan salah faham yang berterusan tentang tatakelakuan yang disyaratkan pada platform ini.

Berkaitan dengan pilihan raya: Sebagai contoh, akaun-akaun yang didapati dikhususkan untuk penyebaran maklumat palsu berkaitan pilihan raya akan disekat.


Pendekatan kami: Menyekat peranti, termasuk semua akaun yang dipautkan, dan menyekat keupayaan untuk membuat akaun pada peranti tersebut pada masa hadapan

Rasional: Kami menggunakan sekatan peranti untuk pesalah yang paling serius yang melanggar dasar kami dan mempamerkan keengganan untuk mematuhi Garis Panduan Komuniti dan Terma Perkhidmatan kami.

Berkaitan dengan pilihan raya: Peranti yang mengandungi beberapa akaun yang melanggar dasar toleransi sifar kami, seperti sesebuah rangkaian yang terlibat dalam perlakuan tidak tulen yang diselaraskan atau gangguan pilihan raya.


Dari Bilik Berita kami

Menyokong komuniti kami pada Hari Pilihan Raya dan selanjutnya

Meningkatkan ketelusan dalam usaha integriti pilihan raya kita

TikTok melancarkan panduan dalam apl bagi pilihan raya AS 2020

Membanteras kebencian di TikTok

Memerangi salah maklumat dan gangguan pilihan raya di TikTok

Siri “Be Informed” TikTok  dibintangi pencipta TikTok untuk mendidik pengguna tentang literasi media

Cara TikTok mengesyorkan video #ForYou

Membina untuk menyokong integriti kandungan, akaun, dan platform